2.0 Objektif
- Menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan di sekolah
- Mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah
- Menganalisis struktur/carta organisasi sekolah serta peranan dan fungsi setiap jabatan dalam sekolah
- Menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah
- Menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah sekolah
Kajian ini mempunyai lima objektif untuk mengkaji kepimpinan dan organisasi. Objektif pertama dalam kajian ini adalah untuk menganalisis jenis-jenis gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah. Gaya
kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang
dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya mereka bekerja
kuat untuk mencapai matlamat organisasi. Setiap gaya kepimpinan terdapat
fungsi dan kesan yang berbeza. Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui dan mempelajari setiap fungsi dan kesan gaya kepimpinan. Objektif
yang seterusnya ialah mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi.
Pemimpin memainkan peranan yang penting untuk menerajui organisasi bagi
menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan
pemimpin dalam menerajui organisasi juga dijadikan sebagai faktor yang
boleh menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan. Oleh
itu, melalui kajian ini, kita dapat mempelajari bagaimana seorang
pengetua memainkan peranan penting dalam sebuah organisasi sekolah.
Selain itu, objektif ketiga adalah menganalisis struktur/carta
organisasi sekolah serta peranan dan fungsi setiap bahagian dalam
organisasi sekolah. Tujuan objektif ini adalah menganalisis bagaimana
struktur atau carta organisasi sekolah dibentuk dengan berkesan dan
sistematik. Objektif ini juga mengkaji bagaimana
setiap jabatan sekolah melaksanakan bidang tugas masing-masing yang
membawa kecemerlangan, keberkesanan dan kecekapan dalam sebuah sekolah.
Di samping itu, kajian ini juga menganalisis gaya kepimpinan yang
berkesan untuk diamalkan oleh sekolah. Melalui pengumpulan data untuk
menganalisis jenis-jenis gaya kepimpinan yang mana lebih tinggi atau sesuai untuk diamalkan
di sekolah. Gaya kepimpinan yang berkesan penting kepada seseorang
pengetua untuk menguruskan sekolah atau guru-guru kerana gaya kepimpinan
yang berkesan dapat membantu pembangunan, kemajuan dan kejayaan dalam
sebuah sekolah. Objektif terakhir adalah menganalisis ciri-ciri yang
perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah
organisasi. Melalui
penyelidikan ini, kita dapat mengetahui ciri-ciri yang perlu diamalkan
oleh seorang pengetua supaya pengetua dapat menjadi role model kepada
pekerja atau guru dalam sesebuah sekolah.
No comments:
Post a Comment